الرَّحِیْمِ الرَّحْمَنِ اللهِ بِسْمِ
Segala puji hanya kepunyaan Allah, semoga selawat dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad ε, tiada lagi Nabi sesudahnya .
Di sini akan disertakan beberapa dalil tentang cara pemakaian Rasulullah dan orang-orang mu'min menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Yang pastinya selamat ilmu seseorang itu mesti berlandaskan Allah(Al-Quran) dan RasulNya(Hadis). Insyaallah
Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehingga diseret.
Terdapat banyak hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, ramai dikalangan mereka mengharamkan lelaki beriman dari mengisbalkan pakaiannya sama ada semasa bersolat atau di luar solat. Antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam:
اَلاِسْبَالُ فِى اْلاِزَارِ وَالْقَمِيْصِ وَالْعِمَامَةِ وَمَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Isbal kebiasaannya berlaku pada kain, baju dan serban. Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (berisbal) sedikit sahaja kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat”.
Rujukan:
(1) H/R Abu Daud. 4/353-354. No. 4094.
(2) An-Nasaii. Sunan. 8/208.
(3) Ibn Majah. 2/1184. No. 3576
عَنِ الْمُغِيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آخِذًا بِرِدَاءِ سُفْيَانِ بْنِ سَهْلٍ وَهُوَ يَقُوْلُ :يَا سُفْيَانُ ! لاَ تُسْبِلْ اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ الْمُسْبِلِيْنَ.
“Dari Mughirah radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memegang pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda bersabda: Wahai Sufyian! Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang berisbal”.
Rujukan:
(1) Ibn Majah 2/1183 No. 3575.
(2) An-Nasaii dalam Al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf.
(3) Ibn Hibban dalam Sahihnya 7/397 No. 5418.
(4) Ahmad dalam Musnadnya 4/246. 253.
(5) Ibn Abi Syaibah 8/207.
ANTARA CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAKWA
Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa-Jalla dan beristiqamah dalam menjaga agamanya ialah orang yang taat kepada Allah dan RasulNya serta meninggalkan isbal. Allah swt telah berfirman:
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًۭا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًۭا ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ﴿٢٦
Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Rujukan:
Surah Al-‘Araf ayat 26
مَّثَلُ ٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلْمُتَّقُونَ ۖ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ أُكُلُهَا دَآئِمٌۭ وَظِلُّهَا ۚ تِلْكَ عُقْبَى ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ ۖ وَّعُقْبَى ٱلْكَـٰفِرِينَ ٱلنَّارُ ﴿٣٥
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
Rujukan:
Surah Ar-Ra’ad ayat 35
Rasulullah saw bersabda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ رَآهُ يَجُرُّ اِزَارَهُ : اِرْفَعْ اِزَارَكَ وَاتَّقِ اللهَ.
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegur seorang lelaki yang berpakaian labuh (baginda bersabda): Angkatlah (tinggikanlah) kain kamu dan bertaqwalah kepada Allah”.
Rujukan:
H/R Ahmad. Dalam Musnad. 4/395.
عَنْ هُبَيْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ وَطِئَ عَلَى اِزَارِهِ خُيَلاَءَ وَطَئَهُ فِى النَّارِ
“Dari Hubaib radiallahu ‘anhu, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang pakaiannya melebihi buku lalinya dengan kesombongan, ia akan memasukkan kakinya di neraka”.
Rujukan:
(1) H/R Bukhari “Tarikh al-Kabir”. 2/1184 dan 8/367. No. 2907.
(2) Ahmad. 3/437.
وَاِيَّاكَ وَاِسْبَالَ اْلاِزَارِ مِنَ الْمَخِيْلَةِ وَلاَيُحِبُّهَا اللهُ
“Berhati-hatilah kamu dari rasa berbangga diri dengan mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, kerana pakaian seperti itu tidak disukai oleh Allah”
Rujukan:
(1) Ahmad 5/63-64 dan isnadnya sahih.
(2) Silsilah Ahadis as-Sahihah. No. 880. Nasruddin al-Albani.
عَنْ اَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَيَنْظُرُ اِلَيْهِمْ وَلاَيُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ قَالَ : فَقَرَاَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثَ مَرَّاةٍ . قَالَ اَبُوْ ذَرٍّ : خَابُوْا وَخَسِرُوْا ، مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اَلْمُسْبِلُ ، وَالْمَنَّانُ الَّذِيْ لاَيُعْطِيْ اِلاَّ مَنَّهُ ، وَالْمُنْفِقُ سَلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ . وَفِى رِوَايَةِ مُسْلِمٍ : اَلْمُسْبِلُ اِزَارَهُ .
“Dari Abi Zarr radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Ada tiga golongan yang tidak ditegur oleh Allah di Hari Kiamat dan Allah tidak melihat kepada mereka, tidak mengampunkannya dan mereka mendapat azab yang pedih, Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya ini tiga kali. Maka Abu Zarr berkata: Alangkah rugi dan menyesalnya mereka wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjhawab: Orang yang musbil (melabuhkan pakaiannya sehingga menutup buku lali), orang yang mengungkit (menyebut-nyebut) pemberiannya dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah palsu. (Dalam riwayat Muslim: Orang yang melabuhkan pakaiannya.
Rujukan:
(1) H/R Muslim 1/102 Kitabul Iman. No. 106.
(2) Abu Daud. Sunan. 4/347. No. 4087.
(3) Turmizi. Sunan. 2/342. No. 1229.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا مَرْفُوْعًا : ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ : اَلْمَنَّانُ عَطَاهُ وَالْمُسْبِلُ اِزَارَهُ خُيَلاَءُ ، وُمُدْمِنُ الْخَمْرِ
“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu secara marfu’: Tiga golongan Allah tidak melihat kepada mereka: Orang mengungkit pemberiannya, orang yang melabuhkan pakaiannya dan orang yang menagih arak”.
Rujukan:
Dikeluarkan oleh al-Tabrani. Lihat: “Majma’ud az-Zawaid”.
Berkata Ibn Hajar rahimahullah:
ان الاسبال يستلزم جر الثوب ، وجر الثوب يستلزم الخيلاء ولو لم يقصد الخيلاء
“Sesungguhnya isbal itu ialah melabuhkan pakaian, melabuhkan pakaian itu adalah suatu kesombongan walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong”
Rujukan:
Lihat: Fathul Bari, 10/264
وَاِيَّاكَ وَاْلاِسْبَالُ فَاِنَّهُ مِنَ الْمَخِيْلَةِ
“Berjaga-jagalah kamu dari berisbal, sesungguhnya isbal itu perbuatan sombong”.
Rujukan:
Dikeluarkan oleh Ahmad 5/63-64. Isnadnya sahih
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَرَرْتُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِى اِزَارِيْ اسْتِرْخَاءٌ . فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللهِ ، اِرْفَعْ اِزَارَكَ . فَرَفَعْتُهُ . ثُمَّ قَالَ : زِدْ ! فَزِدْتُ ، فَمَازِلْتُ اَتَحَرَّاهَا بَعْدُ ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ اِلَى اَيْنَ ؟ فَقَالَ : نِصْفُ السَا قَيْنِ.
“Dari Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh. Maka baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/ tinggikan kainmu. Maka aku menaikkannya. Baginda bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan cara berpakaian yang seperti selepas itu. Beberapa kaum yang bersama bertanya: Sampai ke paras mana? Baginda bersabda lagi: Pertengahan betis”.
Rujukan:
(1) H/R Muslim dalam Sahihnya. 3/1650. No. 2086.
(2) Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. 2/43
عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : سَاَلْتُ اَبَا سَعِيْدٍ عَنِ اْلاِزَارِ فَقَالَ : أخْبِرُكَ بِعِلْمٍ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :اِزَارَةُ الْمُؤْمِن اِلَى نِصْفِ السَّاقَيْنِ ، وَلاَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ . فَمَااَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِى النَّارِ ، لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَى مَنْ جَرَّ اِزَارَهُ بَطرًا.
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong)”.
Rujukan:
(1) Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093. (2) Ibn Majah 2/1183. No. 3573.
(3) Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915.
(4) Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97.
(5) Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf 8/244.
(6) Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737.
(7) Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam
Syarah as-Sunnah 12/12.
HUKUM SEORANG LELAKI YANG SOLAT DENGAN BERPAKAIAN ISBAL
مَا تَحْتَ الْكَعْبَيْنِ مِنَ الاِزَارِ فَفِىْ النَّارِ
“Apa sahaja yang melebihi bawah mata kaki dari jenis pakaian adalah dalam neraka”.
Rujukan:
(1) H/R Bukhari 10/256.
(2) Imam Ahmad dalam Musnadnya 2/410, 461, 498.
(3) Al-Baihaqi dalam Sunnan al-Kubra 2/244.
(4) Dan Abdul Razak as-San’ani dalam Musannafnya 11/83.
قد دلَّت الاحاديث على ان ما تحت الكعبين فى النار وهو يفيد التحريم . ودل على ان من جر ازاره خيلاء لاينظر الله اليه وهو دل على التحريم .
:Telah banyak hadis-hadis yang membuktikan bahawasanya pakaian yang melebihi mata kaki di neraka, ini membuktikan ia perbuatan yang haram. Dan juga telah dibuktikan bahawa sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan bangga/sombong Allah tidak akan melihat padanya, ini menunjukkan tentang haramnya perbuatan tersebut”.
Rujukan:
Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال hlm. 26. As-San’ani.
مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، فَقَالَتْ اُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ تَصْنَعُ النِّسَاءُ بَذُيُوْلِهِنَّ ؟ قَالَ : يَرْخِيْنَ شِبْرًا . فَقَالَتْ : اِذًا تَنْكَشِفَ اَقْدَمُهُنَّ . قَالَ : فَيُرْخِيْنَهُ ذِرَاعًا لاَيَزِدْنَ عَلَيْهِ .
“Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya: Bagaimana kaum wanita, bagaimana semestinya dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka? Baginda bersabda: Kalau mereka melabuhkannya labuhkanlah sejengkal. Ia berkata: Seperti itupun masih dapat tersingkap kaki mereka itu. Baginda bersabda: Boleh melebarkannya sampai sehasta dan jangan lebih dari itu”.
Rujukan:
(1) Abu Daud 4/364. No. 4119.
(2) Dikeluarkan oleh An-Nasaii 8/209. No. 5336-5339.
(3) Turmizi 4/223 No. 1736.
(4) Ahmad dalam Musnadnya 2/5555.
(5) Dan Abul Razak as-San’ani dalam musannafnya 11/82.
Berkata Imam Muslim:Sanad hadis ini sahih.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam penah menegur seorang lelaki yang berpakaian isbal dengan sabdanya:
وَارْفَعْ اِزَارَكَ اِلَى نِصْفِ السَّاقِ ، فَاِنْ اَبَيْتَ فَاِلَى الْكَعْبَيْنِ ، وَاِيَّاكَ وَاِسْبَالَ اْلاِزَارِ ، فَاِنَّهَا مِنَ الْمَخِيْلَةِ ، وَاِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيْلَةَ.
“Tinggikanlah kainmu sehingga pertengahan betis, jika tidak mahu berbuat seperti itu, maka (angkatlah) ke paras mati kaki, takutilah olehmu dari mengisbalkan kain, kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong”.
Rujukan:
(1) Riadhus Solihin. 2/869. Imam Nawawi.
(2) H/R Abu Daud dengan isnadnya yang sahih.
(3) H/R Turmizi.Beliau mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih
Orang-orang lelaki yang sengaja mengisbalkan (memanjangkan) seluar, kain atau pakaiannya terutama semasa mengerjakan solat, maka mereka hendaklah menghayati dan memikirkan isi hadis di atas ini, kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan lelaki yang isbal agar berwuduk dan mengulangi solatnya sehingga dua kali. Malah diwaridkan dengan ancaman neraka bagi mereka yang berpakaian labuh mencecah bumi (isbal), sama ada semasa solat atau di luar solat. Baginda seterusnya mengancam dengan sabdanya sebagaimana hadis sahih riwayat Ibn Masoud:
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ اَسْبَلَ اِزَرَهُ فِى صَلاَتِهِ خُيَلاَءَ ، فَلَيْسَ مِنَ اللهِ فِى حَلٍّ وَلاَ حَرَامٍ.
“Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa yang mengisbalkan kainnya dalam solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada lagi yang halal dan haram”.
Rujukan:
(1) Abu Daud 1/419. No637.
(2) At-Tabrani dalam Majma al-Kabir 9/315, 10/284.
(3) Abu Daud at-Tayalisi No. 351.
(4) Al-Baihaqi 2/242
Berkata Imam an-Nawawi rahimahullahu tentang hadis di atas ini:
معناه : قد برئ من الله وفارق دينه
“Hadis ini memberi makna: (Orang yang isbal) telah berlepas dari Allah dan dia telah meninggalkan agamanya”.
Rujukan:
Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال halaman. 28. As-San’ani.
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:
“Isnadnya mauquf. Selanjutnya beliau berkata: Hadis seperti ini tidak dikatakan mengikut pendapat (ar-rakyu), maka pada hadis ini, tidak ada larangan untuk menerimanya secara zahirnya.”
Rujukan:
Lihat: Fathul al-Bari 10/257
Tidak seorangpun dari kalangan para ulama Salaf as-Soleh yang mengizinkan isbal. Dan tidak seorangpun dari mereka mengaitkan (menasabkan) perbuatan isbal yang mungkar walaupun dengan salah seorang dari kalangan para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Malah tidak ada satu nas atau dalil untuk menghalalkan perbuatan orang-orang lelaki muslim yang telah melabuhkan pakaian mereka. Dengan ini, sewajar orang-orang yang beriman memberi perhatian tentang hukum isbal ini.
Tidak sewajarnya seseorang yang telah mengetahui hukum berpakaian isbal kemudian mengharuskan kerana semata-mata mengikuti kehendak hawa nafsunya. Ingatlah bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ ، لاَ يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْنَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ.
“Demi jiwaku yang di tanganNya, tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut (mentaati) apa yang telah aku datangkan dengannya”
Rujukan:
(1) Dikeluarkan oleh al-Bagawi dalam “Syarah as-Sunnah” 1/213.
(2) Ibn Abi Asim dalam “As-Sunnah” 1/12.
(3) Al-Khatib dalam “Tarikh Baghdad”. 4/369
Dengan pembuktian dalil-dalil syari' dalam tulisan ini, sewajarnya kaum muslim menjaga akidah, amalan dan agamanya dengan mengimani tentang hukum isbal, lalu meninggalkan perbuatan ini dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan.
Di sini hendaklah kita dengar dan taat apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH swt dan RasulNya tanpa mencari alasan untuk meremehkan atau mentakwilkannya.
Wallahu a’lam.
Wahai muslimin muslimat sekalian, hidupkanlah sunnah-sunnah Rasulullah saw di zaman yang penuh dengan maksiat dan keburukan ini.
Adakah anda mencintai Rasulullah?
Sudahkah anda melakukan sunnah-sunnah baginda?
Sudahkah anda mencintai baginda lebih dari diri sendiri?
Sudahkah anda sebarkan sunnah-sunnah baginda kepada orang lain?
Sudahkah anda melarang orang yang melakukan khianat kepada baginda?
Sudahkah anda berjuang dalam menegakkan sunnah baginda?
Sudahkah anda mencontohi ibadah baginda?
Sudahkah anda mencontohi kehidupan baginda?
Sudahkah anda berselawat kepada baginda?
Sudahkah anda bersedia untuk bertemu baginda?
Sudahkah anda mencintai baginda lebih dari diri sendiri?
Sudahkah anda sebarkan sunnah-sunnah baginda kepada orang lain?
Sudahkah anda melarang orang yang melakukan khianat kepada baginda?
Sudahkah anda berjuang dalam menegakkan sunnah baginda?
Sudahkah anda mencontohi ibadah baginda?
Sudahkah anda mencontohi kehidupan baginda?
Sudahkah anda berselawat kepada baginda?
Sudahkah anda bersedia untuk bertemu baginda?
Halaman
- Halaman Utama
- Ilmu untuk suami dan isteri
- Cara makan dan beberapa jenis makanan yang mendapa...
- Contohi cara pemakaian Rasulullah dan orang-orang ...
- Malaikat tidak masuk rumah yang digantung gambar d...
- Fakta mengenai Bidadari di dalam Al-Quran
- Di mana Allah?
- Sejarah ringkas Imam Abu Hanifah
- Sejarah Ringkas Imam Malik
- Sejarah ringkas Imam Syafi'
- Sejarah ringkas Imam Ahmad