Adakah anda mencintai Rasulullah?

Sudahkah anda melakukan sunnah-sunnah baginda?



Sudahkah anda mencintai baginda lebih dari diri sendiri?



Sudahkah anda sebarkan sunnah-sunnah baginda kepada orang lain?



Sudahkah anda melarang orang yang melakukan khianat kepada baginda?



Sudahkah anda berjuang dalam menegakkan sunnah baginda?



Sudahkah anda mencontohi ibadah baginda?



Sudahkah anda mencontohi kehidupan baginda?



Sudahkah anda berselawat kepada baginda?



Sudahkah anda bersedia untuk bertemu baginda?











Ilmu untuk suami dan isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya kepunyaan Allah, semoga selawat dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad ε, tiada lagi Nabi sesudahnya

Di sini akan saya nukilkan beberapa dalil tentang beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pasangan suami isteri menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga artekel ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Diharap ilmu yang kita perolehi dapat kita amalkan dan dapat disebarkan. Insyaallah


CARA BERSETUBUH


Seorang suami boleh menyetubuhi isterinya dengan cara apa pun asalkan pada lubang kemaluannya (faraj) boleh dari depan atau belakang. Hal ini berdasarkan firman Allah swt:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ

“Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, oleh itu datangilah ladang tersebut sesuka kamu”.

Rujukan:
[Surah Al-Baqarah ayat 223]

Sesuka kamu bermaksud adalah cara apakah dari depan atau belakang. Banyak hadis yang menyebutkan perkara ini. Tetapi di sini saya sebutkan dua hadis sahaja.

Dari Jabir r.a ia berkata:

“Orang-orang yahudi mempunyai kepercayaan bahawa bila seorang lelaki menyetubuhi isterinya pada kemaluannya tetapi dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan akan juling. Sehubungan dengan itu turunlah ayat:
“Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, oleh itu datangilah ladang tersebut sesuka kamu”.
Lalu Rasulullah bersabda: “Baik menyetubuhinya dari depan mahupun belakang asalkan pada kemaluannya”


Rujukan:
[H/R Bukhari,Muslim, Nasa’I,Ibnu Abi Hatim, Al Baghawi, Al Jurjani, Al Baihaqi, Ibnu Asakir dan Al Wahidi]

Ibnu ‘Abbas r.a ia berkata:

“Dahulu warga Ansar yang asalnya penyembah berhala, hidup berdampingan dengan warga yahudi yang merupakan ahli kitab. Orang-orang ansar itu menganggap orang-orang yahudi mempunyai banyak kelebihan Ilmu. Oleh kerana itulah mereka pun menirunya. Salah satu kebiasaan ahli kitab adalah mereka hanya menyetubuhi isteri dari arah samping (tepi). Alasannya agar aurat isteri lebih tertutup. Dahulu warga ansar meniru kebiasaan tersebut. Adapun warga Quraisy, mereka biasa menyetubuhi isteri dengan posisi yang bermacam-macam, terkadang berhadap-hadapan, dari belakang atau dengan posisi telentang. Ketika kaum muhajirin datang ke Madinah, ada salah seorang lelaki mereka menikah dengan wanita ansar. Orang Muhajirin tadi hendak menyetubuhi isterinya dengan cara biasa yang dia lakukan. Akan tetapi, si isteri yang ansar itu menolak seraya berkata: “Menurut kebiasaan kami di sini, kami para isteri biasa disetubuhi dari arah samping (tepi). Oleh kerana itu lakukanlah kebiasaan itu atau tidak mahu sila jauhi saya”. Pertengkaran itu semakin memuncak, dan berita tersebut sampai kepada Rasulullah saw. Ketika itu turunlah ayat:
“Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, Oleh kerana itu, datangilah lading tersebut sesuka kalian. Ertinya posisi bersetubuh boleh berhadap-hadapan, dari arah belakang mahupun telentang asalkan pada kemaluan”.


Rujukan:
[H/R Abu Daud, Hakim, Baihaqi, Al wahidi, dan Al Khatabi]


DOA BERSETUBUH


Kita janganlah tergopoh gapah dalam melakukan persetubuhan. Ini kerana syaitan juga akan sama-sama bersetubuh, kita tidak mendapat rahmat Allah swt ketika bersetubuh, dan sekiranya ditakdirkan anak dengan persetubuhan tanpa membaca doa, anak itu akan dibahayakan atau digoda oleh syaitan selama hidupnya. Dianjurkan kepada sepasang suami isteri membaca doa setiap kali bersetubuh dengan doa:

“Bismillah, Allahumma Janabnassyaitan, wajannabisyaitan ma razaqtana”

“Dengan nama Allah, Wahai Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan engkau rezekikan kepada kami”

Rasulullah saw bersabda:

“Seandainya Allah mentakdirkan keduanya memperolehi anak (dari hubungan tersebut), maka syaitan tidak akan membahayakan anak tersebut selamanya”.

Rujukan:
[H/R Bukhari, semua perawi sunan kecuali Nasa’I, ‘AbdurRazaq dan At Tabhrani]


HARAM MENYETUBUHI ISTERI PADA DUBUR


Seorang suami haram menyetubuhi isterinya pada dubur. Ini berdasarkan hadis:

Dari Ummu Salamah r.a ia berkata:

“Tatkala orang-orang Muhajirn datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita-wanita Ansar. Orang-orang Muhajirin biasa melungkupkan (menonggengkan dengan kepala di bawah) isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukan itu. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya yang kaum Ansar dengan cara seperti itu, tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya dari Rasulullah saw. Ia pun mendatangi beliau saw, tetapi merasa malu untuk bertanya langsung, maka Ummu Salamahlah yang menanyakan kepada beliau. Kemudian turunlah ayat: “Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, Oleh kerana itu datangilah ladang tersebut sesuka kamu. Rasulullah saw lalu bersabda: “Tidak boleh, kecuali pada satu jalan sahaja (iaitu pada kemaluan).

Rujukan:
[H/R Ahmad, At Tirmizi, Abu Ya’la, Ibnu Abi Hatim dan Baihaqi]

Dari Ibnu Abbas r,a ia berkata:

“Pernah satu ketika “Umar bin Khattab datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: “Wahai Rasulullah, celaka saya!. Beliau bertanya: “Apa yang membuatkan kamu celaka?” Saya telah membalikkan pelanaku (isteriku) malam tadi. Beliau tidak memberi komen apa pun. Lalu turunlah kepada Rasulullah saw ayat “Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, Oleh kerana itu datangilah ladang tersebut sesuka kamu. Kemudian beliau bersabda: “Setubuhilah isterimu dari arah depan atau belakang tetapi hindarilah dubur dan waktu haidh”.

Rujukan:
[H/R Nasa’I, Tirmizi, Ibnu Abi Hatim, Thabrani dan Al Wahidi]

Dari Khuzaimah bin Tsabit r.a ia berkata:

Pernah ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw mengenai suami yang menyetubuhi isterinya pada duburnya. Nabi menjawab “Halal”. Ketika orang itu pergi, beliau memanggilnya atau memerintahkan seseorang untuk memanggilnya. Beliau lalu bertanya: “Apa yang kamu katakan tadi? Dari lubang yang mana?” Apakah dari belakang tapi tetapi pada lubang depan? Kalau begini boleh. Ataukah dari belakang dan pada lubang belakang pula? Nah, kalau ini tidak boleh. Sesungguhnya Allah tidak malu menyampaikan kebenaran. Janganlah kalian menyetubuhi isteri pada lubang duburnya!”.

Rujukan:
[H/R Syafi’, Baihaqi, Ad Darimi, At Thahawi dan Al Khatabi.]


“Allah tidak mahu melihat seseorang yang menyetubuhi isterinya pada duburnya”

Rujukan:
[H/R Nasa’I, At Thahawi, Baihaqi, dan Ibnu Asakir]

“Terlaknat orang yang menyetubuhi isterinya di tempat keluarnya tahi, iaitu duburnya”.

Rujukan:
[H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hadi]

“Barangsiapa menyetubuhi isteri yang sedang haid atau pada duburnya, atau mendatangi bomoh lalu mempercayainya, bererti dia telah mengingkari apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”.

Rujukan:
[H/R Ahmad, Ad Darimi, “Pemilik empat kitab sunan kecuali Nasa’I,]


BERWUDHUK APABILA INGIN MENGULANGI PERSETUBUHAN


Apabila seorang suami telah menyetubuhi isterinya pada tempat yang diperbolehkan, lalu hendak mengulanginya, hendaklah ia berwudhuk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw:

“Bila salah seorang dari kalian menyetubuhi isterinya lalu berkeinginan mengulanginya, hendaklah ia wudhuk (dalam riwayat lain disebutkan: wudhuk seperti wdhuknya solat), kerana yang demikian itu akan menambah ghairah untuk mengulanginya”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Abu Daud, Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Nu’aim dan Abu Sa’id Al Khudri]


MANDI LEBIH BAIK APABILA INGIN MELAKUKAN PERSETUBUHAN


Adalah lebih baik apabila seorang suami mandi ketika hendak mengulangi persetubuhan. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Rafi’ bahawa:

Nabi saw suatu malam pernah menggiliri isteri-isterinya, beliau mandi ketika hendak berpindah dari seorang isteri ke isteri yang lainnya. Abu Rafi’ berkata “Saya bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah tidak cukup dengan sekali mandi sahaja? Beliau menjawab, Tidak, kerana ini lebih suci, lebih baik dan lebih bersih.

Rujukan:
[H/R Abu Daud. Nasa’I, Thabrani, dan Abu Nu’aim.]


BERWUDHUK SETELAH BERSETUBUH DAN HENDAK TIDUR


Setelah selesai bersetubuh, suami isteri hendaknya berwudhuk terlebih dahulu sebelum tidur. Ada beberapa hadis yang berkaitan dengan hal ini.

Dari ‘Aisyah r.a ia berkata:

Rasulullah saw bila hendak (makan) atau hendak tidur, sementara beliau dalam keadaan junub, beliau wudhuk terlebih dahulu seperti wudhuk untuk solat”.

Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim dan Abu Awanah]

Dari Ibnu ‘Umar r.a ia berkata,

"Umar pernah bertanya kepada Nabi saw. “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami boleh tidur dalam keadaan junub?” Beliau menjawab “Boleh, asalkan sudah berwudhuk”.

Dalam riwayat lain disebutkan, “Wudhuklah dahulu, lalu cuci kemaluanmu, kemudian baru tidur”.
Dalam riwayat lain disebutkan, “Boleh tetapi hendaklah wudhuk sebelum tidur, atau bila mahu, mandi terlebih dahulu”.
Dalam riwayat lain lagi disebutkan, “Bila mahu, hendaklah wudhuk terlebih dahulu”.

Rujukan"
[Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Ulama’ hadis dan Ibnu Asakir. Riwayat kedua diriwayatkan oleh Abd Daud, Riwayat ketiga diriwayatkan oleh Muslim, Abu Awanah dan Baihaqi]

Dari Ammar bin Yasir r.a bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat: mayat orang kafir, lelaki yang melumuri badannya dengan khaluq (minyak wangi campuran yang dipakai oleh wanita), dan orang yang junub yang tidak berwudhuk”.

Rujukan:
[H/R Abu Daud, Ahmad, At Thahawi dan Baihaqi]


DIBOLEHKAN TIDUR DALAM KEADAAN JUNUB


Orang dalam keadaan junub tidak diwajibkan wudhuk melainkan hanya sunnah muakkad. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umar bahawa

Nabi pernah ditanya: “Apakah salah seorang dari kami boleh tidur dalam keadaan junub? Beliau menjawab “Boleh, tetapi wudhuklah terlebih dahulu jika mahu”.

Rujukan:
[H/R Ibnu Hibban]

Hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis ‘Aisyah. Ia berkata:

“Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air sedikit pun. Setelah bangun, baru beliau mandi”.

Rujukan:
[H/R Ibnu Abi Syaibah, Pemilik kitab sunan kecuali Nasa’I, At Thahawi, At Thayalisi, Ahmad, Al Baghawi, Abu Ya’la, Baihaqi dan Hakim]

Dalam riwayat lain lainnya dari ‘Aisyah juga disebutkan:

“Pernah Rasululah tidur dalam keadaan junub. (Di pagi harinya) Bilal datang mengumandangkan azan. Rasulullah pun bangun, lalu mandi. Saya melihat air bercucuran dari kepala beliau. Beliau keluar dan (tidak selang berapa lama) saya mendengar suara beliau mengimami jama’ah solat subuh dan pagi itu beliau berpuasa.Mutharif berkata, “Saya bertanya kepada Amir, “Apakah itu bulan ramadhan?” Dia menjawab “Ya, di bulan Ramadhan atau bulan lainnya”.

Rujukan:
[H/R Ibnu Abi Syaibah]


ORANG YANG BERJUNUB SEBAIKNYA MANDI SEBELUM TIDUR


Amalan yang lebih baik sekiranya suami isteri yang junub mandi dahulu bila hendak tidur. Ini berdasarkan hadis ‘Abdulullah bin Qais ia berkata:

“Saya pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Apa yang beliau saw lakukan ketika junub, apakah mandi dahulu kemudian tidur ataupun tidur dahulu kemudian mandi? Dia menjawab, Kedua-duanya pernah dilakukan beliau. Terkadang beliau mandi dahulu kemudian tidur dan terkadang juga tidur sahaja kemudian mandi”. Saya berkata, “Segala puji milik Allah yang telah membuat keluasan dalam masalah ini”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Abu Awanah dan Ahmad]


SUAMI ISTERI DIGALAKKAN MANDI BERSAMA


Suami isteri dibolehkan mandi bersama-sama dalam satu tempat. Sunnah ini telah ditinggalkan oleh ramai umat islam. Kita sebagai orang yang beriman hendaklah mengamalkan segala perbuatan-perbuatn Rasulullah saw. Salah satunya adalah mandi bersama. Mandi bersama dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
Mari kita ketahui dengan lebih lanjut dengan hadis berikut.

Dari ‘Aisyah r.a ia berkata:

“Saya dan Rasulullah pernah mandi bersama dengan satu bekas. (Kami bergantian menciduknya). Beliau sering mendahuluiku dalam menciduk sehingga aku mengatakan, “tinggalkanlah selebihnya untukku, selebihnya untukku!.
Seorang perawi yang lain berkata:Mereka berdua dalam keadaan junub”.

Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim dan Abu Awanah]

Dari Muawiyah bin Haidah r.a ia berkata:

Saya pernah bertanya kepada Nabi saw, “Wahai Rasulullah, manakah di antara aurat-aurat kami yang boleh kami perlihatkan dan manakah tidak boleh? Beliau menjawab, “Peliharalah auratmu kecuali kepada isteri atau budak lelakimu”. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada sekumpulan orang, apakah mereka boleh saling melihat aurat mereka satu sama lain? Beliau menjawab “Jika engkau boleh, usahakan jangan sampai ada seorang pun yang melihat auratmu!” Saya lalu bertanya lagi. “Kalau salah seorang dari kami dalam keadaan sendirian?” Beliau menjawab “Dia lebih layak malu kepada Alah daripada kepada sesama manusia”.

Rujukan:
[H/R Pemilik kitab sunan kecuali Nasa’I, Ar Rauyani, Ahmad, Baihaqi dinilai soheh oleh Hakim dan disepakati oleh Adz Zahabi]

PERHATIAN !!!:

Suami dan Isteri boleh melihat dan menyentuh kemaluan di antara satu sama lain. Tidak boleh berpandukan pada hadis yang dhaif (lemah) seperti berikut.

“’Aisyah pernah berkata, Saya tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah”.

Hadis ini dhaif (lemah). Kita tidak diperbolehkan mengamalkan hadis lemah melainkan ada penguatnya. Diharap selepas ini tidak perlulah kita mengamalkan perkara-perkara yang tidak ada contohnya dari Rasulullah saw dan para sahabat.

Rujukan:
Lihat nota kaki Adab Az Zifaf halaman 101 Nashirudin Al Albani


HARAM MENYETUBUHI ISTERI YANG SEDANG HAID


Seorang suami diharamkan menyetubuhi isteri yang sedang haid. Ulama’ telah sepakat dan tiada perbezaan pendapat di dalam hal ini. Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya tentang haid. Katakanlah, “Haid adalah gangguan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhi wanita yang sedang haid dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum suci. Jika mereka telah suci, maka setubuhilah mereka itu pada tempat yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

Rujukan:
[Surah Al-Baqarah ayat 222]


Ada beberapa hadis yang berkaitan dengan masalah ini iaitu:

"Barangsiapa menyetubuhi isteri yang sedang haid atau pada duburnya, atau mendatangi bomoh lalu mempercayainya, bererti dia telah mengingkari apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”.

Rujukan:
[H/R Ahmad, Ad Darimi,Pemilik empat kitab sunan kecuali Nasa’I,]

Dari Anas bin Malik r.a ia berkata:

“Sesungguhnya orang-orang yahudi, jika istri-isteri mereka sedang haid,mereka mengusirnya dari rumah, tidak mahu makan dan minum bersamanya, dan tidak mahu bergaul dengannya di dalam rumah. Rasulullah ditanya tentang hal ini, maka Allah swt menurunkan firmannya:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya tentang haid. Katakanlah, “Haid adalah gangguan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhi wanita yang sedang haid dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum suci. Jika mereka telah suci, maka setubuhilah mereka itu pada tempat yang diperinahkan oleh Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

Rasulullah saw lalu bersabda: “Bergaullah dengan mereka di dalam rumah dan lakukanlah apa sahaja sesuai dengan kehendak kamu kecuali bersetubuh”. Maka orang-orang yahudi berkata: “Apa yang dikehendaki orang ini, dia selalu sahaja menyelisihi urusan kita”. Lalu datanglah Usaid bin Hudair dan ‘Abbad bin Basyar kepada Nabi saw. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, orang yahudi mengatakan begini-begini. Apakah kita tidak gauli sahaja isteri kita yang sedang haid? (Mendengar perkataan itu) berubahlah raut wajah Rasulullah saw sampai kami merasakan beliau marah kepada keduanya. Kedua orang sahabat itu lalu keluar. Setelah orang itu keluar, datanglah orang menghadiahkan susu kepada Rasulullah saw. Beliau mengutus salah seorang untuk memberikan susu kepada keduanya. Akhirnya kami pun menduga bahawa beliau tidak marah pada keduanya”.


Rujukan:
[H/R Muslim, Abu Awanah dan Abu Daud]


DENDA BAGI SUAMI YANG MENYETUBUHI ISTERINYA YANG SEDANG HAID


Didorong oleh nafsu shahwatnya yang tidak tertahan, seorang suami terpaksa menyetubuhi isterinya yang sedang haid. Bila sampai terjadi seperti itu, maka dia wajib menyedekahkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Ini berdasarkan hadis ‘Abdulullah bin ‘Abbas r.a dari Nabi saw ketika ada seorang suami menyetubuhi isterinya yang sedang haid. Baginda bersabda:

“Hendaklah dia menyedekahkan satu atau setengah dinar”.

Rujukan:
[H/R oleh semua kitab sunan, At Thabrani, Ibnu Al A’rabi, Ad Darimi,Baihaqi dan Hakim]


PERKARA HALAL YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA ISTERI SEDANG HAID


Diperbolehkan kepada suami menikmati tubuh isterinya yang sedang haid, kecuali kemaluannya. Ada beberapa hadis yang berkaitan dengan masalah ini iaitu:

Rasulullah saw bersabda:

“Lakukanlah apa sahaja sesuai kehendak kalian kecuali bersetubuh”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Abu Awanah dan Abu Daud]

Dari ‘Aisyah r.a ia berkata:

“Rasulullah saw menyuruh salah seorang dari kami menutup kemaluannya ketika sedang haid, lalu suaminya boleh menidurinya. Dalam riwayat lain disebutkan.. boleh melakukan mubasyarah kepadanya”.

Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim, Abu Awanah dan Abu Daud]

Mubasyarah disebutkan dalam kitab An Nihayah bermaksud saling menyentuh, iaitu saling menyentuh antara kulit lelaki dan kulit perempuan. Kata tersebut kemudian dipakai dengan pengertian bersetubuh atau sekadar meletakkan kemaluan suami ke kemaluan isteri.

Rujukan:
Lihat Nota kaki Adab Az Zifaf halaman 113 Nashiruddin Al Abani


Diriwayatkan oleh sebahagian isteri Nabi saw, ia berkata:

“Apabila beliau menginginkan sesuatu dari isterinya yang sedang haid, maka beliau menutupkan kain pada kemaluan isterinya. (lalu melakukan apa yang beliau ingini)

Rujukan:
[H/R Abu Daud dan tambahan lafaz diriwayatkan oleh Baihaqi]


BILAKAH ISTERI YANG SUDAH SELESAI HAID BOLEH DISETUBUHI?


Bila seorang isteri telah bersih dari haidnya dan darahnya telah berhenti mangalir dari keamaluannya, maka suami sudah diperbolehkan menyetubuhi isterinya setelah isteri mencuci kemaluannya atau ditambah wudhuk atau mandi. Bila si isteri sudah melakukan hal-hal tersebut, maka suami telah diperbolehkan untuk menyetubuhi isterinya. Ini berdasarkan firman Allah swt:

فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Jika mereka telah suci, maka setubuhilah mereka itu pada tempat yang diperinahkan oleh Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

Rujukan:
[Surah Al-Baqarah ayat 222]

Dengan dalil di atas ulama’, telah berbeza pendapat. Pendapat yang pertama ialah seorang suami boleh menyetubuhi isterinya setelah darah haid telah berhenti, dibasuh kemaluannya tanpa mandi. Pendapat yang kedua ialah seorang suami boleh menyetubuhi isterinya apabila isteri mandi terlebih dahulu. Kedua-dua pendapat ini adalah khilaf (perbezan pendapat) yang boleh kita terima. Lebih selamat dengan mandi terlebih dahulu. Kita terlepas dari masalah ini. Wallahu a’lam.


SUAMI BOLEH MELAKUKAN 'AZL


Azl ialah mengeluarkan/memancutkan air mani suami di luar faraj (kemaluan) isteri apabila sudah mencapai klimaks apabila bersetubuh. Suami dibolehkan melakukan ‘Azl. Ada beberapa hadis yang menjelaskan masalah ‘azl ini iaitu:

Dari Jabir r.a ia berkata:

“Kami dahulu melakukan ‘azl, padahal waktu itu Al-Quran masih diturunkan. “Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami melakukan ‘azl pada zaman Rasulullah saw masih hidup, dan perbuatan kami itu diketahui oleh Nabi Allah saw namun beliau tidak melarang kami.

Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim, Nasa’I, Tirmizi dan Baghawi]

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ia berkata:

Suatu ketika datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah saw lalu berkata: “Saya mempunyai budak perempuan (hamba), dan saya ingin melakukan ‘azl ketika melakukan terhadapnya sesuatu yang biasa dilakukan seorang lelaki. Akan tetapi orang-orang yahudi beranggapan bahawa ‘azl adalah pembunuhan kecil-kecilan. Rasulullah saw pun menjawab, “Bohong itu Yahudi! Kerana kalau Allah telah berkehendak untuk menjadikan (air mani yang kamu keluarkan) itu menjadi anak, kamu tidak akan boleh mengelakkannya”.

Rujukan:
[H/R Nasa’I, Abu Daud, At Thahawi, Tirmizi dan Ahmad]

Dari Jabir r.a ia berkata:

“Pernah ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, lalu berkata, “Saya mempunyai seorang budak yang menjadi pembantu sekaligus sebagai saniyah (yang menyiram pohon kurma kami). Saya ingin menyetubuhinya tetapi saya tidak menginginkan dia hamil”. Beliau bersabda, “Lakukan ‘azl kalau kamu mahu! Meskipun sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan pada dirinya pasti terjadi”. Orang itu pulang ke rumah. (Selang berapa lama) dia datang lagi kepada beliau seraya berkata, “Sesungguhnya budakku itu telah hamil!” Beliau menjawab “Memang dulukan sudah saya beritahu bahawa apa yang telah ditakdirkan pada dirinya pasti akan terjadi”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Abu Dawud, Baihaqi dan Ahmad]


LEBIH BAIK TIDAK MELAKUKAN 'AZL


Sebaiknya seorang suami tidak melakukan ‘azl. Hal itu kerana beberapa alasan.

Pertama: ‘Azl akan merugikan isteri kerana akan memutuskan kenikmatan isteri walaupun isteri setuju akan tetapi tetap sahaja tidak berapa baik kerana alasan yang kedua di bawah.

Kedua: ‘Azl menghilangkan sebahagian dari tujuan pernikahan iaitu memperbanyakkan umat Nabi Muhammad saw.

Rujukan:
[Lihat Adab Az-Zifaf halaman 120 Nashiruddin Al Albani]

Rasulullah bersabda:

“Nikahilah wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku ingin lebih hebat dari umat-umat nabi terdahulu dengan jumlah kamu yang ramai”.

Rujukan:
[H/R Abu Daud, Nasa’I, Al Muhamili, Ahmad, Thabrani, Baihaqi dan Ibnu Hibban. Disohehkan oleh hakim dan disepakati oleh Adz Zahabi]

Oleh kerana itu Nabi saw menamai ‘azl dengan pembunuhan yang tersembunyi ketika para sahabat menanyakannya. Ketika itu beliau menjawab pertanyaan para sahabatnya tentang ‘azl,

“Itu adalah pembunuhan tidak nyata”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Thahawi, Ahmad dan Baihaqi]

Oleh kerana itu pulalah Nabi saw mengisyaratkan bahawa lebih baik kita meninggalkan perbuatan ‘azl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkandari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan:

“Masalah ‘azl pernah dibicarakan (oleh para sahabat) di hadapan Rasulullah saw. (Demi mendengar hal itu) beliau berkata: “Mengapa salah seorang dari kamu melakukan hal itu? Beliau tidak mengatakan janganlah salah seorang kamu melakukan hal itu! “Sesungguhnya tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali Allahlah yang menciptakan

Dalam riwayat lain disebutkan: “Kalian melakukan hal itu? Kalian melakukan hal itu? Kalian melakukan hal itu? Sesungguhnya satu jiwa yang sudah ditakdirkan ada hingga hari kiamat, pasti dia tetap ada”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Nasa’I, Ibnu Mandah dan sedangkan Bukhari pada riwayat yang pertama]


WAJIB MEMPUNYAI TEMPAT MANDI DI DALAM RUMAH


Suami isteri wajib mempunyai bilik mandi di dalam rumahnya. Suami seharusnya tidak membenarkan isterinya mandi di tempat yang umum kerana hal itu diharamkan. Contohnya seperti mandi di pantai. Wanita yang baligh adalah haram mandi di tempat umum walaupun sudah menutup aurat. Ini kerana walaupun menutup aurat tetapi apabila sudah dibasahi dengan air, pasti bentuk tubuhnya akan dapat dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Ada beberapa hadis dalam masalah ini.

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah tidak membenarkan isterinya masuk ke tempat mandi umum, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah memakai kain penutup ketika memasuki tempat mandi umum, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah tidak duduk di depan meja yang di situ dihidangkan minuman keras”.

Rujukan:
[H/R Hakim, Nasa’I, Trimizi, Ahmad, Al Jurjani, Thabrani, dan Al Baghindi]

Dari Ummu Darda’ r.a ia berkata:

“Saya pernah keluar dari tempat mandi umum, Tiba-tiba saya bertembung dengan Rasulullah saw. Beliau bertanya, “Dari mana kamu wahai Ummu Darda’”? Saya menjawab, Dari tempat mandi umum. Beliau bersabda “Demi dzat yang jiwaku di tanganNya, seorang wanita yang menanggalkan pakaiannya selain di rumah ibunya bererti dia telah merobek tabir antara dirinya dengan Tuhan yang Maha Rahman”.

Rujukan:
[H/R Ahmad dan Ad Daulabi]

Dari Abu Malih r.a ia berkata:

“Pernah satu ketika beberapa wanita Syam berkunjung ke tempat ‘Aisyah r.a, ‘Aisyah bertanya, “Dari mana kamu ini?” Mereka menjawab “Kami berasal dari Syam”.’Aisyah bertanya lagi, “Barangkali kamu berasal dari satu daerah kecil yang di sana wanitanya biasa masuk ke tempat mandi umum?” Mereka menjawab “Ya”. ‘Aisyah berkata “Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “seorang wanita yang menanggalkan pakaiannya selain di rumahnya sendiri bererti dia telah merobek tabir antara dirinya dengan Allah Ta’ala”.

Rujukan:
[H/R Semua perawi sunan kecuali Nasa’I, Ad Darimi, At Thayalisi, Ahmad, Ibnu Al A’rabi, Hakim dan Baghawi]


SUAMI ISTERI DIHARAMKAN MEMBUKA RAHSIA DITEMPAT TIDUR


Haram bagi suami isteri membuka rahsia yang berkaitan dengan ranjang mereka. Ada dua hadis yang membicarakan masalah ini.

Rasulullah saw bersabda:

“Di antara manusia yang paling rendah darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang suami yang bersetubuh dengan isterinya, lalu menyebar-nyebarkan rahsia ranjangnya itu.

Rujukan:
[H/R Ibnu Abi Syaibah, Muslim, Ahmad, Abu Nua’im, Ibnu Sunni dan Baihaqi]

Dari Asma’ binti Yazid bahawa:

Dia pernah bersama Rasulullah saw sedang pada waktu itu ada beberapa lelaki dan perempuan sedang duduk-duduk. Tiba-tiba Baginda bertanya: “Barangkali ada di antara kamu yang lelaki memberitahu apa yang telah diperbuat bersama isterinya. Barangkali juga di antara kamu yang perempuan memberitahukan apa yang telah dia perbuat bersama suaminya!. Mereka diam, tidak ada yang menjawab. Saya lalu berkata, “Ya, demi Allah, Wahai Rasulullah! Mereka yang lelaki mahupun perempuan saling membicarakan pasangannya masing-masing”. Melihat hal itu Rasulullah saw bersabda: “Jangan lakukan itu! Kerana perbuatan kamu seperti perbuatan syaitan jantan bertemu dengan syaitan betina lalu keduanya bersetubuh, sementara manusia melihatnya”.

Rujukan:
[H/R Ahmad]


KEWAJIPAN SUAMI MEMPERGAULI DAN MELAYANI ISTERINYA DENGAN BAIK


Seorang suami wajib mempergauli dan melayani isterinya dengan baik dan menuruti keinginannya selagi dalam hal-hal yang dihalalkan oleh Allah swt lebih-lebih bila usia isteri masih muda belia. Hal ini didasarkan pada bebarapa hadis.

Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku”.

Rujukan:
[H/R At Thahawi]

Sabda Nabi saw pada khutbah Haji Wada’:

“…….Ketahuilah, hendaklah kamu saling berwasiat untuk memperlakukan kaum wanita secara baik, kerana mereka ibarat tawanan-tawanan kamu. Kamu tidak berhak apa pun terhadap mereka selain itu, kecuali jika mereka berbuat keburukan yang nyata. Jika mereka melakukan keburukan tersebut, maka berpisahlah dengan mereka kala di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka mentaati kamu janganlah kamu mencari-cari cara untuk menyusahkan mereka. Ketahuilah, kamu memilik hak yang harus dipenuhi oleh isteri isteri kamu, sebaliknya isteri-isteri kamu juga mempunyai hak yang harus kalian penuhi. Ada pun hak kamu yang harus mereka penuhi adalah mereka tidak membawa orang-orang yang kamu benci ke tempat tidur kamu dan tidak mengizinkan orang-orang yang tidak kamu sukai memasuki rumah kamu. Sedangkan hak mereka yang harus kamu penuhi adalah kamu memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik”.

Rujukan:
[H/R Tirmizi dan Ibnu Majah]

Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah walaupun membenci salah satu perangainya, tentu ada perangai lainnya yang dia sukai”.

Rujukan:
[H/R Muslim]

Sabda Nabi saw:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, sedangkan orang mukmin yang paling baik akhlaknya adalah yang paling baik terhadap isterinya”.

Rujukan:
[H/R Ahmad, Tirmizi dan Abul Hasan]

Diriwayatkan dari ‘Aisyah:

“Suatu ketika Rasulullah saw datang dari perang Tabuk atau Khaibar. Kala itu ‘Aisyah mempunyai rak yang tertutup dengan tirai. Tiba-tiba angin bertiup menyingkap sebahagian tirai itu sehingga menampakkan patung-patung milik ‘Aisyah. Nabi bertanya “Apa ini wahai ‘Aisyah? ‘Aisyah menjawab “Ini puteri-puteriku”.Beliau melihat di antara patung-patung yang terbuat dari kain tersebut ada kuda-kuda yang mempunyai dua sayap. Beliau bertanya, “Apa yang ada di antara patung-patungmu itu?” ‘Aisyah menjawab “kuda”. Nabi bertanya lagi, “Apakah yang di atasnya? ‘Aisyah menjawab “sayap”. Beliau bertanya lagi “Apakah kuda bersayap? ‘Aisyah bertanya kembali, “bukankah engkau pernah mendengar sulaiman mempunyai kuda bersayap”? “’Aisyah berkata “Beginda pun ketawa hingga saya melihat gigi-gigi geraham beliau.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah lagi:

“Suatu ketika dia bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. (‘Aisyah berkata, “saat itu badan saya belum gemuk”) Beliau menyuruh para sahabat-sahabatnya, “Kamu semua jalan ke depan dahulu! (Mereka pun mendahului nabi). Beliau kemudian berkata. “Mari kita lumba lari”!!!. Saya pun lumba lari dengan beliau. Saya berjaya mengalahkan beliau. Beberapa lama kemudian saya keluar bersama beliau dalam satu perjalanan. Beliau menyuruh kepada para sahabatnya, “kamu semua jalan dahulu”. Beliau kemudian berkata kepada saya “Mari kita lumba lari”.!!! Saya telah lupa peristiwa dulu. Badan saya pada saat ini sudah gemuk. Saya berkata“Bagaimana saya boleh lumba lari dengan engkau, wahai Rasulullah, padahal badan saya sekarang begini? Beliau berkata “Tidak mengapa lakukan sahaja”. Lalu saya pun lumba lari dengan beliau dan beliau berjaya mengalahkan saya. (Beliau tertawa) seraya berkata “Kemenanganku ini sebagai balasan kemenanganmu dulu”.

Rujukan:
[H/R Al Humaidi, Abu Daud, Nasa’I, Ahmad, Thabrani dan Ibnu Majah]

Diriwayatkan dari ‘Aisyah juga:

“Suatu ketika Rasulullah pernah membawa satu bekas. Saya minum dari bekas tersebut. Ketika itu sedang haid, Beliau kemudian mengambil bekas tersebut lalu beliau letakkan bibir beliau di bekas bibir saya pada bekas tersebut. Saya juga pernah makan daging pada sebatang tulang. Beliau kemudian makan daging dari tulang tersebut. Beliau letakkan bibir beliau di bekas bibir saya pada tulang tersebut”.

Rujukan:
[H/R Muslim dan Ahmad]

Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdulullah dan Jabir bin ‘Umair mereka berkata Rasulullah saw bersabda:

“Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandungi zikir kepada Allah merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau dan permainan kecuali pada empat (perkara), iaitu senda gurau suami dengan isterinya, melatih kuda, berlatih memanah dan mengajarkan berenang”.

Rujukan:
[H/R Nasa’I, Thabrani dan Abu Nu’aim]


WASIAT KEPADA PASANGAN SUAMI DAN ISTERI


Hendaklah setiap suami dan isteri bersepakat dan saling manasihati untuk sentiasa taat kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya(As-Sunnah). Jangan mendahulukan adat dari hukum syariat. Allah swt berfirman:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا

“Tidak patut bagi orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, apabila Allah dan RasulNya menetapkan sesuatu ketetapan, mereka mencari pilihan yang lain dalam perkara tersebut. Barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka dia benar-benar telah tersesat”.

Rujukan:
[Surah Al-Ahzab ayat 36]

Hendaklah suami dan isteri melaksanakan kewajiban masing-masing sesuai dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Tidak boleh menyamakan taraf seorang lelaki dan seorang wanita. Dan suami jangan menyalahgunakan kelebihan darjat yang telah Allah berikan kepada seorang lelaki. Allah swt berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Para wanita memiliki hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, dan kaum lelaki mempunyai kelebihan satu darjat atas kaum wanita. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Rujukan:
[Surah Al-Baqarah ayat 228]

Allah swt berfirman:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

“Lelaki adalah pemimpin bagi para wanita. Hal itu kerana Allah memang telah melebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, wanita yang soleh adalah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak di rumah. Kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya (isteri tidak patuh pada suami), maka nasihatilah mereka dan jangan acuhkan mereka kala di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian, jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

Rujukan:
[Surah An-Nisa’ ayat 34]

Muawiyah bin Haidah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah saw:

“Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap salah seorang di antara kami? Beliau menjawab dengan bersabda: “Berilah makan bila kamu makan dan berilah pakaian bila kamu berpakaian. Janganlah kamu memukul wajahnya, janganlah kamu memukulnya dan janganlah kamu memisahkannya kecuali di dalam rumah. Bagaimana kamu akan berbuat begitu terhadapnya, sementara sebahagian dari kamu telah bergaul (bersetubuh) dengan mereka, kecuali hal itu telah dihalalkan terhadap mereka”.

Rujukan:
[H/R Abu Daud, Hakim dan Ahmad]

Nabi bersabda:

“Orang-orang yang berlaku adil pada hari kiamat berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, berada di tangan kanan Allah yang Maha Pengasih, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam masalah aturan yang telah mereka tetapkan dalam memperlakukan isteri-isteri mereka dan dalam segala urusan yang menjadi tanggungjawab mereka”.

Rujukan:
[H/R Muslim, Ibnu ‘Urwah Al Hanbali, dan Ibnu Mandah]

Jika sepasang suami dan isteri telah mengetahui dan melaksanakan hal-hal yang baik, niscaya Allah swt akan memberikan kehidupan yang baik kepada mereka. Sebagaimana Allah swt berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa mengerjakan amal soleh dalam keadaan beriman, baik lelaki mahu pun wanita, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan”.

Rujukan:
[Surah An-Nahl ayat 97]

Khusus kepada isteri, hendaklah kamu mentaati perintah suami semampu yang mungkin dalam perkara yang baik dan tidak boleh taat dalam kemaksiatan. Ini kerana Allah swt telah melebihkan darjat lelaki dari wanita sebagaimana firmannya:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

“Lelaki adalah pemimpin bagi wanita”.

Rujukan:
[Surah An-Nisa’ ayat 34]

وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ

“Akan tetapi, para suami mempunyai kelebihan satu tingkat dari isterinya”.

Rujukan:
[Surah Al-Baqarah ayat 228]

Sebagai contoh para isteri sekiranya ingin melakukan puasa sunat, dia seharusnya meminta izin kepada suaminya terlebih dahulu kerana mungkin pada hari tersebut si suami ingin menyetubuhi isterinya. Ia berdalilkan hadis ini.

“Tidak dihalalkan bagi seorang wanita berpuasa (dalam riwayat lain disebutkan: “janganlah seorang wanita berpuasa…..) sedangkan suaminya berada di rumah, kecuali dengan izinnya (selain puasa ramadhan) dan janganlah dia mengizinkan orang lain memasuki rumahnya kecuali dengan izin suaminya”.
[Lihat Kitab Syarah Muslim oleh Imam Nawawi]

Perhatian kepada isteri yang selalu menolak permintaan suaminya ke ranjang. Larangan sangat keras bagi seorang isteri menolak ajakan suaminya walaupun dalam keadaan letih dan sebagainya. Kecuali keadaan yang terlalu memaksa. Ini berdasarkan hadis..

“Jika seorang suami memanggil isterinya ke ranjang tetapi isterinya tidak mahu mendatanginya, sehingga malam tersebut suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknat isteri tersebut sampai pagi”.
Dalam riwayat lain disebutkan: “…sampai para malaikat itu kembali”.
Dan diriwayat lainnya disebutkan: “….sampai suaminya redha kepada tindakan isterinya itu”


Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ad Darimi dan Ahmad]

Hadis seterusnya:

“Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, seorang wanita tidak akan mampu menunaikan hak Tuhannya sebelum dia menunaikan hak suaminya. Andaikan suami meminta dirinya padahal ia sedang berada di atas punggung unta sekalipun, maka ia (isteri) tetap tidak boleh menolak”.

Rujukan:
[H/R Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban]

Hadis berikutnya:

“Seorang wanita yang menyakiti suaminya di dunia, maka (calon) isteri suaminya dari kalangan bidadari berkata “Terkutuklah kamu! Jangan sakiti dia! Dia bagimu hanyalah ibarat tamu yang hampir yang akan segera meninggalkanmu untuk kembali kepada kami”.

Rujukan:
[H/R Tirmizi, Ibnu Majah, Al Haitsam bin Kulaib, Abul Hasan ath Thusi, Abul ‘Abbas Al Asham dan Abu ‘Abdullah Al Qathan]

Seorang suami adalah syurga dan neraka bagi para isterinya. Sekiranya isteri itu solehah syurgalah baginya dan sekiranya isteri itu derhaka maka nerakalah baginya. Ini berdasarkan hadis Dari Hushain bin Muhshin ia berkata, mak cikku pernah bercerita kepadaku, ia berkata:

“Pada satu hari saya datang kepada Rasulullah untuk satu keperluan. Beliau bertanya: “Apakah kamu mempunyai suami? Saya menjawab “Ya”. Beliau bertanya lagi: “Bagaimana sikapmu terhadapnya? Saya menjawab “Saya sentiasa melayaninya kecuali dalam hal-hal yang memang aku tidak mampu melaksanakannya”. Beliau kemudian berkata (Memang kamu perlu perhatikan) bagaimana sikap yang seharusnya kamu tujukan kepadanya kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu”.

Rujukan:
[H/R Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Sa’ad, Nasa’I, Ahmad, Thabrani, dan Hakim]

Hadis seterusnya:

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, memelihara kemaluannya, dan patuh pada suaminya, maka dia boleh masuk syurga melalui pintu mana pun sesuai yang dikehendakinya”.

Rujukan:
[H/R Thabrani, Ibnu Hibban,Ahmad, Abu Nu’aim dan Al Jurjani]


Alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah selesai disusunkan dalil-dalil yang berkaitan dengan tanggungjawab suami dan isteri untuk tatapan pembaca supaya pembaca mendapat Ilmu yang Soheh. Semua dalil-dalil di atas di ambil dari Kitab Adab Az-Zifaf karya Imam Hadis Sheikh Nasiruddin Al Albani Semoga Allah merahmatinya. Semoga artikel ini bermanfaat buat pembaca terutama yang sudah berkahwin. Harap Ilmu-ilmu yang kita perolehi ini dapat diamalkan dan disampaikan kepada seluruh kaum muslimin. Insyaallah.

Wallahu'alam